10 Cara Paling Berkesan Untuk Meningkatkan Prestasi PC Anda

1. Membuang Aplikasi Yang Tidak Digunakan

PC anda biasanya hadir dengan beban beberapa program yang anda sememangnya tidak perlu, dan anda juga mungkin tidak tahu menahu mengenai kewujudannya.

Sesetengah program juga menjalankan proses secara terlindung apabila anda memulakan komputer anda, walaupun anda tidak menggunakannya. Untuk mengeluarkan semua program yang sia-sia ini, buka Control Panel PC anda dan pergi ke menu Program and Features, dan perhatikan dengan teliti senarai perisian yang dipasang. Uninstall aplikasi yang anda tidak perlu, pada masa yang sama berhati-hati untuk meninggalkan program diperlukan oleh komputer anda (biasanya pengeluar akan menyenaraikan nama aplikasi yang diperlukan oleh sistem sebagai nama pembuat PC atau sebagai Microsoft). Jika anda masih tidak pasti mengenai program yang mana untuk digunakan, cuba pihak ketiga yang dinamakan seperti PC Decrapifier – aplikasi ini adalah percuma untuk kegunaan bukan komersial – yang sepatutnya memberitahu anda yang mana program yang anda tidak diperlukan atau diperlukan.

2. Membuang Fail Sementara Secara Automatik

Fail sementara berkumpul pada komputer anda melalui tugas-tugas seharian dan boleh wujud secara kekal pada cakera keras anda, sekaligus memperlahankan computer anda. Jika anda dapat menghapuskan fail-fail ini, termasuk sejarah internet anda dan cookies, anda akan memberi jumlah yang lebih besar ruang cakera keras dan juga akan mempercepatkan PC anda. Untuk melakukan ini, membuka My Computer, dan pilih pemacu tempatan anda (biasanya C: \). Pilih Windows folder dan kemudian membuka folder yang bertajuk Temp. Gunakan tetikus anda untuk klik kanan pada folder, dan dalam View pilihan, pilih Details. Setelah langkah ini dilakukan, pilih semua fail yang lebih tua daripada tarikh dan tekan kekunci padam. Kemudian pergi ke Recycle Bin pada desktop anda dan kosongkan Recycle Bin anda.

3. Memasang Solid State Drive (SSD)

Cakera keras mekanikal adalah penyebab terbesar PC yang perlahan, terutamanya kelajuan semasa startup PC anda. Walaupun SSD tidak murah, keputusan untuk memasang SSD, memberi PC anda masa membaca dan menulis yang sangat cepat ini boleh mempercepatkan startup anda dengan perubahan yang sangat ketara.

1167009cv1d

4. Cakera Keras Yang Lebih Besar

Walaupun anda sentiasa membersihkan semua fail sementara anda, jika cakera keras anda berada pada kapasiti 85 peratus penuh, ia akan memberi kesan kepada kelajuan komputer anda. Jika anda kerap membuat penggambaran video atau menggunakan PC anda untuk rakaman televisyen, maka anda akan memerlukan cakera keras sebesar yang mungkin seperti 1TB keatas.

5. Menghentikan Proses Startup Yang Tidak Diperlukan

Kaedah ini akan memberi kesan kepada berapa lama masa diambil untuk komputer riba atau PC anda untuk boot, tetapi kebiasaanya banyak program yang dilancarkan pada boot terus berjalan dan menggunakan memori komputer anda. Untuk mengelakkan masalah ini dari terus terjadi, klik Start dan Run. Dalam Run, taip msconfig dan kemudian tekan enter. Kemudian, anda perlu lihat tab Startup, semua program yang bertanda adalah program yang akan dijalankan apabila PC anda melepasi proses boot. Kemungkinan besar senarai startup akan mengandungi beberapa program yang anda mungkin tidak sedar telah berjalan pada komputer anda semasa startup. Samada anda boleh membatalkan secara manual aplikasi yang anda tidak mahu untuk dijalankan semasa startup, atau klik “Disable All” dan kemudiannya memilih program yang anda mahu jalankan, seperti program penting seperti perisian anti-virus.

Satu lagi cara untuk melajukan proses startup PC anda adalah dengan  mengeluarkan semua fon yang tidak diperlukan oleh Windows. Windows 7 telah dibebankan dengan lebih daripada 200 fon pada startup nya. Pergi ke kotak carian Start Menu, cari folder Font dan tandakan semua fon yang anda tidak perlu, dan klik butang Sembunyi pada toolbar.

6. Menambah Kapasiti Random Access Memory (RAM)

RAM, yang bermaksud Random Access Memory, iaitu memori simpanan sementara yang digunakan oleh komputer anda dan digunakan apabila ada tugas yang perlu dilaksanakan oleh program yang berbeza. Oleh itu, lebih banyak program yang anda gunakan, lebih besar kapasiti RAM yang anda perlukan, sekaligus menyebabkan komputer anda semakin perlahan jika anda tidak mempunyai RAM yang mencukupi.

Satu petunjuk jelas yang anda tidak mempunyai RAM yang cukup ialah komputer anda akan menjadi perlahan setiap kali anda cuba untuk memproses fail yang besar, atau ia akan hang ketika melaksanakan beberapa tindakan yang berbeza sekaligus.

Anda boleh menambah lebih banyak RAM dalam bentuk sebatang atau dua batang RAM tambahan, atau mendapatkan RAM yang baru dan lebih besar jika semua slot sudah diambil. Dari segi praktikal 4GB RAM adalah lebih daripada cukup bagi kebanyakan orang.

performance-memory

7. Menjalankan Program Disk Defragment

Bunyinya agak rumit, namun pada dasarnya ini adalah satu cara untuk menyusun semula bagaimana cakera keras anda menyimpan maklumat untuk kecekapan maksimum.

Pergi ke My Computer, klik kanan pada pemacu keras dan pilih Properties. Di bawah tab Tools perlu ada pilihan untuk Defragment Now.

8. Menjalankan Program Disk Cleanup

Windows juga disertakan dengan program pembersihan cakera keras yang dikenali sebagai “Disk Cleanup”.

Ia mencari fail fail besar yang tidak diperlukan didalam sistem seperti fail-fail sementara Internet, pemasang program, dan sebagainya.

Buka Disk Cleanup dengan mengklik Start> All Programs> Accessories> System Tools> Disk Cleanup

9. Berikan Komputer Anda IP Statik

Satu lagi cara untuk mempercepatkan masa komputer loading adalah dengan memberi komputer anda alamat IP statik yang tidak pernah berubah.

Apabila anda startup komputer anda, ia akan mengambil masa untuk beberapa ketika bagi meminta rangkaian untuk alamat IP. Bukan sahaja mempunyai alamat IP statik membuat rangkaian lebih mudah untuk diuruskan, tetapi ia juga mengurangkan masa startup anda.

Untuk melakukan langkah ini, lawati Network and Sharing Center dan pilih Change Adapter Setting. Klik kanan pada Local Adapter anda dan pilih Properties. Kemudian, anda perlu cari entri bertajuk Internet Protocoal Version 4 (TCP / IPv4), dan klik butang Properties

Dalam menu Use the following IP address masukkan alamat IP , Subnet Mask, dan Default Gateway yang sesuai dengan setup rangkaian anda.

Pastikan anda memeriksa Validate settings upon exit supaya Windows dapat memperlihatkan sebarang masalah dengan alamat yang anda telah masukkan tadi.

10. Membersihkan Komputer Anda Dari Debu

Sekali lagi, ini akan kedengaran agak radikal, namun debu merupakan musuh komputer anda. Ia boleh menghalang aliran udara, yang amat penting untuk mengekalkan suhu komputer anda pada tahap yang selamat, dan jika komputer anda terlalu panas, tidak mustahil ia akan menurunkan prestasi bagi memanjangkan hayatnya.

Jika anda mempunyai komputer meja atau komputer riba, anda boleh menanggalkan bahagian luar komputer dan menggunakan blower pada tetapan kuasa yang rendah untuk mengeluarkan sebahagian daripada debu-debu yang ada. Pastikan komputer anda telah dimatikan untuk sekurang-kurangnya 30 minit dan semua kabel dicabut sebelum memulakan proses pembersihan komputer anda.

234186-how-to-clean-your-pc-chassis

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s