4 TIPs PENJAGAAN LAPTOP YANG ANDA TIDAK TAHU

Apabila kita membeli laptop, setiap penjual akan memberitahu tentang kelebihan setiap laptop yang dijual. Spesifikasi, kelajuan processor, memori yang pantas, kapasiti cakera keras yang besar, pemproses grafik yang boleh menjana visual realistik, saiz paparan skrin dan lain-lain lagi ciri-ciri yang digunakan sebagai point jualan.

Hampir tiada seorang pun daripada penjual laptop ini akan memberitahu anda bagaimana hendak menjaga laptop dengan betul. Apa yang menjadi motivasi mereka adalah stok laptop yang bertingkat-tingkat itu mesti terjual.

two-hipster-managers-working-laptop-small-business-owner-selective-focus-51394185

1.PERTAMA KALI MENGGUNAKAN LAPTOP

  1. Pastikan perisian yang di “install” di dalam laptop bukan perisian yang anda sendiri tidak pernah tau kewujudannya. tanyalah individu yang pakar.
  2. Bila membuat “install” perisian dibuat, pastikan laptop mempunyai power yang cukup supaya ia tidak akan terhenti semasa “instaLl” berjalan. Masalah akan berlaku sekiranya program itu “hang” dan untuk proses “uninstall” tidak boleh dilakukan
  3. Pastikan anda membuat 3 “install” utama. 1.Antivirus contoh “Avast” 2. Antispayware   3. Registry repair contoh (Advance System Care)
  4. Pastikan automatik update  Windows dijalankan. (jika guna perisian tidak ori, “pop-up block” akan keluar)
  5. Buat “Partition” ke-2 (contoh C dan D) atau lebih supaya anda boleh menyimpan data di lokasi berkenaan. Sekiranya anda mahu memformat laptop di masa akan datang, data anda tidak hilang dan “corrupt”.

lg_03s_21

2.SEMASA MENGGUNAKAN LAPTOP

  1. Semasa laptop dihidupkan, pastikan power plug tidak di”on”kan. “ON” kan plug setelah laptop dihidupkan.
  2. Jangan letakkan makanan dan minuman di paras yang sama dengan laptop.
  3. Sekiranya terkena air atau makanan. matikan laptop, dan cuba keringkan air dan bersihkan kotoran. 
  4. Gunakan “cooling pad” semasa menggunakan laptop. Jangan sesekali meletakkan laptop anda diatas tilam atau kerusi kusyen kerana ia memerangkap haba dan menyebabkan komponen laptop rosak.
  5. Sekiranya boleh, jangan pasang plug laptop di extansion power yang sarat dipasang dengan perkakasan elektronik lain.
  6. Semasa melayari internet, jangan tekan pada pop-up yang meragukan. berkemungkinan ia virus
  7. Jangan sesekali memilih antivirus pop-up secara tiba-tiba kerana hasil pemerhatian , ia 100% virus
  8. Jangan masuk ke laman web yang meragukan.
  9. Pastikan sekiranya nada membuat transaksi bank secara online. bersihkan (clear) cache memori pada web browser
  10. Jangan membuka e-mail yang anda tidak tahu penyampainya. pada tahun 2009  45% laptop dan PC terkena jangkitan virus berpunca daripada e-mail di seluruh dunia.
  11. Scan dahulu pendrive /ecternal drive sebelum membukanya.

 

3. APA MENGAPA APAKAH DAN BILA  ianya perlu di service

dust_clogged_fan.png

Apa Itu Servis Laptop?

Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan  habuk  yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan

Mengapa Ia Perlu Dilakukan?. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah Calcius

Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.

Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.

Apakah Thermal Paste?

  0_0_640_0_70_-features-thermal-paste-system-builder                                               0442892_694794

 thermal paste yang Sudah lama tak digantiakan                                       Contoh thermal Paste

Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.

Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.

Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?

dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop cepat panas, contohnya jika anda boleh  rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.

 FAKTA

>80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard

Dari masalah motherboard  7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh

Lagi 93% dari kerosakan motherboard  ini berpunca dari tidak servis laptop

 Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru perlu dilakukan setiap 6 bulan.

du-lich-bui-la-gi

4.SEMASA MENYIMPAN LAPTOP

  1. Tutup laptop anda secara automatik, tidak perlu tergesa-gesa mematikan laptop kerana ia akan menyebabkan perisian windows rosak.
  2. Sekiranya boleh, ceraikan bateri daripada laptop. I bagi menjimatkan pengunaan kuasa dan pada masa yang sama sekiranya anda meletakkan laptop di dalam kereta, ia dapat mengelakkan kecurian(innsyaallah)
  3. Gunakan beg laptop yang mempunyai span tebal di dasarnya untuk mengurangkan kesan hentakan.
  4. Letakkan laptop anda secara cermat.
  5. Sekiranya hujan dan anda menaiki motosikal, berhenti dahulu berteduh. Letakkan di kotak simpanan helmet sekiranya ada.
  6. Jangan simpan laptop di tempat yang terlalu panas (bonet kereta) dan terlalu sejuk (Freezer)

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsikan Berkongsilah melalui media sosial dan Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s